Cinta Segi Tiga

Pada malam ini, saya telah membaca satu berita sedih yang melanda seseorang.
Atas pemergian orang yang tersayang di dalam hidupnya.
Saya juga mempunyai kisah benar untuk diutuskan.
Ia mengisahkan tentang salah seorang rakan karib saya ketika di kolej.
Saya mengenali Ochihabara ketika saya memasuki tahun kedua di dalam kolej.
Ochihabara telah mengenali seorang gadis ini selama 4 bulan lamanya.
Namun begitu, mereka tidak pernah bertemu.
Kerana permulaan kisah mereka bermula daripada kesilapan mendial nombor oleh gadis tersebut.
Ketika itu si gadis sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
Semakin hari semakin rapat hubungan merpati sejoli ini.
Dalam kehidupan memang terdapat naik turun tangga rumah.
Si gadis ini merupakan anak tunggal.
Si gadis ini telah kehilangan kedua-dua ibubapanya pada tahun 2007.
Di masa itulah si gadis ini menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
Kehilangan kedua-dua ibubapa gadis tersebut adalah akibat daripada kemalangan ngeri yang menimpa mereka sekeluarga yang menyebabkan gadis tersebut mengalami cedera parah dan doktor telah mengesahkan bahawa si gadis telah mengalami ketumbuhan di bahagian otaknya.
Selepas kemalangan tersebut, si gadis telah ditemani oleh sepupu kepada ibunya yang liar.
Si gadis ini merupakan berasal dari keluarga yang mewah.
Sebelum berpindah ke Malaysia, si gadis ini menetap di Brunei.
Sepupu kepada ibunya itu sebelum ini berasal dari Singapura.
Dengan sifat liarnya sehingga membawa teman lelakinya tidur bersamanya menyebabkan si gadis telah hilang sabar dan telah membuat laporan terhadap JAKIM sehingga JAKIM telah menahan sepupu kepada ibunya dan teman lelakinya dalam kejadian tangkap basah.
Selepas kejadian itu, si gadis telah tinggal di dalam rumah banglo yang terletak di Putrajaya seorang diri.
Si gadis memiliki 2 buah kereta di rumahnya namun begitu si gadis tidak fasih memandu kereta.
Hidup keseorangan menyebabkan si gadis bermesra dengan anak perempuan jirannya yang berusia 13 tahun ketika itu.
Mereka sering bersama dan anak perempuan jirannya itu telah menjadi adik angkat kepada si gadis ini.
Mereka menjadi rapat sehingga mereka berkongsi apa yang mereka ada.
Dari segi minat sehinggalah kisah teman hidup.
Kisah cinta si gadis ini dengan Ochihabara telah pun bermula.
Setelah keputusan Sijil Pelajaran Malaysia keluar pada tahun 2008, si gadis ini telah mendapat 11A1 dan merupakan peristiwa bersejarah dalam hidupnya.
Dengan ini Ochihabara telah menjemput gadis ini untuk meraikannya.
Mereka telah berjanji untuk bertemu di KLCC pada bulan 3 2008.
Namun begitu, mereka tidak pernah bertemu.
Ochihabara telah menanti si gadis berjam-jam lamanya.
Ochihabara juga cuba menelefon si gadis namun tiada siapa yang jawab.
Pada malam tersebut, Ochihabara telah menerima sebuah mesej di telefon bimbitnya yang berbunyi "Dia sudah tiada".
Itulah mesej yang dia terima.
Mesej ini telah dikirimkan oleh anak perempuan jiran si gadis tersebut.
Adik angkat gadis tersebut menyatakan bahawa gadis tersebut telah rebah di dalam rumahnya pada hari kejadian.
Adik angkatnya yang telah menemui mayat si gadis tersebut.
Doktor menyatakan bahawa ketumbuhan di dalam otak gadis tersebut telah pecah dan menyebabkan si gadis tersebut telah pergi untuk selama-lamanya.
Adik angkatnya telah menceritakan semua kisah ini terhadap Ochihabara.
Pada keesokkan harinya, Ochihabara ingin berjumpa dengan gadis tersebut buat pertama kalinya dan buat kali terakhir di Hospital Putrajaya namun begitu mayatnya telah di bawa pulang ke Brunei pada malam kejadian.
Kisah cinta yang tidak pernah kesampaian ini telah diceritakan oleh Ochihabara kepada saya sendiri.
Ini adalah salah satu daripada percubaan daripada Tuhan terhadap kita semua.
Semoga roh gadis tersebut diberkati untuk selama-lamanya.
Amen.

2 komen:

tiha. said...

wahh..
this is so tragic
:(

Felix Agustus said...

yea.
so sad to him.
but he still ok there.