Hassan I Am

Hassan.
Salah seorang kawan sekolej aku dulu memanggil aku.
Dia berasal dari Ipoh.
Ipoh Timur kawasan Lim Kit Siang.
Dengan cara ingin menipu.
Ochi dari Bangi memberitahunya bahawa namaku Hassan.
Hassan bukanlah nama sebenarku.
Apa salahnya namaku Hassan?
Rupa paras aku seperti Melayu.
Malaysia nama negaraku.
Akan tetapi aku bukanlah Malaysian di mata dunia.
Kerana Carl dari Afrika Selatan dulu kala pernah berkata bahawa aku bukan Malay dan aku bukanlah Malaysian.
Aku mula terfikir.
Adakah aku Malaysian ataupun bukan?
Aku merasakan kaum peribumi seperti aku ditindas dengan begitu kejam.
Aku memberitahu seorang ahli perniagaan berbangsa Cina bahawa mereka masih bertuah.
Tidak seperti aku.
Kerana kuota kemasukkan ke universiti awam masih memihak kepada mereka.
Di mana aku sebagai seorang yang berasal dari kaum etnik Bidayuh tergolong di dalam senarai nama Bumiputera.
Akan tetapi di dalam senarai nama bumiputera masih di pecah belahkan tempurungnya kepada Melayu dan Bukan Melayu.
Berapakah kuota untuk Bumiputera Bukan Melayu?
Aku pernah berpeluang melanjutkan pelajaran aku ke University of Glamorgan akan tetapi pihak MARA tidak ingin menaja aku.
Bodohkah aku?
Lebih baik nama aku Hassan.
Mungkin sebab nama Idris yang memberi ruang untuk Idris Jala berjaya.
Tahniah kepada ibu bapanya.
Aman Malaysia.

0 komen: