The People

Orang kata kita bermula dengan merangkak.
Susah juga untuk berdiri mahupun berjalan.
Dalam percubaan untuk berdikari, cubaan demi cubaan dilakukan.
Sehingga berjaya.
Tahap mana mungkin kita akan pergi.
Perjalanan hidup kita begitu jauh.
Bermula dengan satu noktah.
Garisan yang tidak pernah lurus.
Kita tidak akan menjumpai titik pertembungan garisan tersebut.
Kerana ia akan terputus.
Jalinan yang sudah lama dimiliki.
Akan tamat dengan sekelip mata.
Batu yang besar membuatkan perbezaan yang ketara.
Ada seketika kita di atas.
Ada waktunya di bawah.
Masa menentukan segalanya.
Keinginan saya untuk menggelilingi dunia diharapkan berhasil.
Walau ada orang berkata dunia ini luas.
Tapi inilah kehidupan yang sebenar untuk di miliki.
Mereka menjamu mulut yang luas.
Ketika saya ingin memulakan dari Kapit, Sarawak.
Gelak ketawa riang.
Menyeronokkan.
Tapi wajah saya tetap serius.
Mencari ketenangan jiwa.

0 komen: