My Silent War

Hanya penglihatanku yang kurang jelas.
Bukanlah diriku yang kurang waras.
Kalau pernah ada kata benci, keluarkanlah.
Jangan biarkan ianya sengsara di dalam sangkarmu.
Memahami seseorang sememangnya tidak semudah itu.
Ini adalah kerana adanya sifat ego dan pendirian setiap insan.
Yang pasti, kita tetap manusia.
Perbezaan pendapat bukanlah kerana perbandingan akan tetapi lumrah kehidupan.
Belajarlah untuk menerima hakikat.
Berubahlah untuk masa hadapan yang berbeza.
Manusia sememangnya hipokrit.
Terlalu hipokrit.
Kadangkala kita akan melakukan kesilapan yang wajar untuk lakukan.
Demi kebaikkan.
Pandangan dari segi keburukkan haruslah dihiraukan untuk mengatasi keputusan yang cemerlang.
Selangkah ke belakang bukan bermaksud kita tewas.
Ia hanyalah demi kebaikkan semua.
Kembalilah!

0 komen: