Boobs Are Not News

Dub Dub Dub...
Bunyinya telah menceraikan kesunyian malam.
Semua terus terdiam membisu.
Kenapa?

Realiti Batu Bargolek

Aku lupa.
Selepas 4 tahun.
Hanya setahun lebih sahaja berjaya ditempuhi.
Puaskah dirimu?
Tidak bagiku.
Maafkan aku.
Kerana biarkannya pergi.
Mungkin untuk selamanya.
Ataupun sementara.
Aku tidak mampu.
Merobek kesucianmu.
Kerana aku tahu.
Bukan begitu mudah bagiku.
Untuk mendapatkan dirimu.
Kerana aku tahu.
Ianya bukan takdir.
Walaupun jodoh itu hodoh.
Aku terima.
Terima kasih kepada semua.
Yang menghargai segalanya.
Aku takkan lupa.
Kerana aku ingat.
Aku masih waras.
Dan masih simpan.
Semuanya itu.
Semoga kita bertemu lagi.
Di lain hari.
Maafkan aku.

Semalam Di Perantauan

Aku bodoh.
Aku hodoh.
Aku gembira.
Gelak ketawa.
Riang ria.
Yang pasti aku gembira.
Walaupun pahit.
Manisnya berpanjangan.
Sudah aku katakan.
Sedarlah.
Suatu hari nanti.
Kau bukan lagi seorang wanita.
Kesatlah air mata kau itu.
Sampai di sini sahaja.
Jangan biarkan ianya bernanah lagi.
Aku bukannya kedai produk kecantikkan.
Yang menampakkan kejelitaanmu.
Dalam calar itu.
Yang sukakan tawar menawar.
Seperti kolam air tawar.
Tinggalkan percaya itu.
Aku tidak percaya lagi.
Semuanya palsu.
Aku tipu.
Langit tidak akan cerah.
Selagi kau tidak berubah.

Around The Cycling Club

Once in a while.
You are my religion.
There was a way.
To go home now.
Get up and sing it out.
They took it away.
Away from me.
Sleep and don't you cry.
I will sing you a lullaby.
Smile away don't be shy.
I will be home.
And carry you home.
Are you going to be in my dreams tonight?
I will never give you.
In the middle of celebration.
To preach not to preach.
I will a be a long journey.
Someday...
And in the end.
It will be the same.

Al-Fatihah

Kawan.
Aku bukan lawan.
Aku bukannya curiga.
Hanya timbul tanda tanya.
Aku bukanlah seorang pembesar.
Aku tidak miliki hidung yang tinggi.
Mancung dan tirus ke hadapan.
Aku terpandang ke belakang sejenak.
Melihat dirimu.
Terpampang luas di dalam mimpi.
Apakah yang akan aku tempuhi selepas ini.
Rupanya kawan.
Sekumpulan segerombolan ombak yang tiba.
Aku tenang melaluinya.
Aku sendiri.
Terkenang kembali.
Tiada apa yang akan kekal.
Untuk selamanya.
Ianya datang dan pergi.
Cuma untuk seketika.
Aku berharap ianya akan kembali.
Tapi bila?
Adakah bajumu akan menjadi milik aku?
Adakah gelangmu akan menjadi milik aku?
Adakah dirimu akan menjadi milik aku?
Ataupun jandamu adalah janda aku?
Tidak ingin untuk aku memandang terlalu jauh ke hadapan.
Kerana hari esok belum pasti aku yang punya.
Aku bukanlah siapa-siapa.
Walaupun usia membezakan kita.
Janganlah dirimu menghormati aku seperti ibubapamu.
Kerana aku bukanlah mereka.
Jangan menghormati aku sekiranya aku tidak menghormati dirimu.
Kerana aku tahu.
Aku tahu...

Cinta Itu Pelik

Ada yang bulat.
Ada yang bujur.
Ada yang bersegi tiga.
Ada juga yang bersegi empat.
Ia memang menarik.
Sehingga kau mahu apa yang kau tak mahu.
Sehingga kau tak mahu apa yang kau mahu.
Jangan pernah mengaku kalah.
Walaupun telah kehilangan segalanya.
Bangkitlah semula.
Apa gunanya hidup segan?
Apa gunanya mati tak mahu?
Bergembiralah.
Bergumbiralah.
Untuk selama-lamanya.