Al-Fatihah

Kawan.
Aku bukan lawan.
Aku bukannya curiga.
Hanya timbul tanda tanya.
Aku bukanlah seorang pembesar.
Aku tidak miliki hidung yang tinggi.
Mancung dan tirus ke hadapan.
Aku terpandang ke belakang sejenak.
Melihat dirimu.
Terpampang luas di dalam mimpi.
Apakah yang akan aku tempuhi selepas ini.
Rupanya kawan.
Sekumpulan segerombolan ombak yang tiba.
Aku tenang melaluinya.
Aku sendiri.
Terkenang kembali.
Tiada apa yang akan kekal.
Untuk selamanya.
Ianya datang dan pergi.
Cuma untuk seketika.
Aku berharap ianya akan kembali.
Tapi bila?
Adakah bajumu akan menjadi milik aku?
Adakah gelangmu akan menjadi milik aku?
Adakah dirimu akan menjadi milik aku?
Ataupun jandamu adalah janda aku?
Tidak ingin untuk aku memandang terlalu jauh ke hadapan.
Kerana hari esok belum pasti aku yang punya.
Aku bukanlah siapa-siapa.
Walaupun usia membezakan kita.
Janganlah dirimu menghormati aku seperti ibubapamu.
Kerana aku bukanlah mereka.
Jangan menghormati aku sekiranya aku tidak menghormati dirimu.
Kerana aku tahu.
Aku tahu...

0 komen: