Aku ini anjing jalanan.
Dari golongan yang terbuang.
Biar apa saja yang aku lalui.
Aku tetap berterbangan.
Tulang-tulangku berselerak di atas jalanan.
Setelah dipukul angin yang tajam.
Sekali lagi aku mati.
Jagalah aku.
Jagalah kau.
Jagalah kita.
Kitalah pokoknya.
Kitalah akarnya.
Kiranya dirimu melangkah ke hadapan.
Biarkan aku rapat di sisimu.
Ke mana saja arah tujuan kita.
Biarkan ianya berlalu.
Seperti seorang kanak-kanak.
Mencari nikmat kehidupan.
Maka terlahirlah dirinya sebagai manusia.
Yang menjaga bumi ini.
Ada yang aku tidak ucapkan.
Ketika menanti masa yang mungkar.
Sudah berkali-kali aku rasai.
Aku tidak mahu hidup seribu tahun lagi.
Kerana hidup hanya menundakan kekalahan.
Sebelum pada akhirnya kita tetap akan menyerah.