Papan Kenyataan

Inilah dunia.
Di kiri, kanan, atas dan bawah.
Kita pasti akan duduki.
Dunia ini bukan kita yang punya.
Walhal seorang artis sebenarnya bukanlah seorang artis.
Mereka hanya menikmati keindahan dunia.
Itu yang pasti.
Namun ada juga pihak.
Sanggup berkata merekalah dunia.
Dan neraka adalah kita.
Pernahkah kita melihat segalanya?
Tidak.
Dimanakah syurga?
Kita tidak semestinya perlu melihat akan kewujudannya.
Kepercayaan harus diutamakan.
Kita punya perasaan.
Kita punya akal.
Percayalah.
Walaupun kita tidak mampu melihatnya.
Kerana kita sememangnya buta.
Buta perasaan.
Buta akal.
Sekiranya kita tidak mempercayainya.
Kerana Dia tahu.
Sangat tahu.

0 komen: