Last Night

Pada pukul 1.33pagi.
Saya menerima suatu warkah.
Menanyakan khabar.
Di tengah malam yang gelap.
Dengan hujan rintik-rintik membasahi bumi.
Badan saya tetiba merasa lemah.
Bergetar seperti penagih dadah.
Ini bukan kali pertama.
Sejak di Miri ini, ini adalah kali kedua saya mengalaminya.
Sejuk.
Sangat sejuk.
Teramat sangat.
Tidak menyangka ianya bukan gurauan senda.
Adakah ia suatu pengajaran.
Pelbagai benda telah saya tempuhi dalam hidup saya selama ini.
Malam tadi sungguh menyeksakan.
Saya bukanlah penagih dadah.
Saya juga tidah pernah menguna dadah dalam hidup saya.
Ubat-ubatan yang halal sahaja saya terima.
Sejenak selepas mengalami kejadian yang buruk itu, tidur saya tidak lagi lena.
Pada suatu detik, saya merasa hairan.
Adakah ini maksudnya.
Mungkin juga mimpi.
Di mana saya berada di dalam sebuah gereja.
Yang ketika itu adalah waktu penyucian dosa dilakukan.
Dan saya duduk di tempat duduk belakang sekali.
Ternampaklah suatu cahaya bagai bara api.
Yang bergerak dengan pantas dari hadapan ke belakang.
Adakah benda ini yang menyebabkan badan saya sebegitu rupa.
Ianya seperti suatu tembakan yang tajam.
Berdosakah saya?
Di alam kolej juga saya pendah mengalami sebegitu rupa.
Tetapi bukan menyebabkan badan saya bergetar.
Ia membuatkan mimpi itu menjadi realiti.
Suatu masa itu, saya di cekik dan tercekik ketika berada di dalam gereja.
Ia adalah kerana saya mengikuti orang yang salah dalam kehidupan itu.
Sebelum saya tidur ketika itu juga saya telah terbayang sesuatu bermain di luar tingkap.
Ia seperti suatu yang hidup.
Sebelum itu juga saya pernah mengalami situasi yang agak serious bagi saya.
Pertama kali menjejakkan kaki ke kolej.
Saya membuka kitab Bible hadiah daripada seorang rakan yang berasal dari Johor.
Di dalam kitab tersebut tertulis 'Janganlah anda sesekali bersumpah atas nama TUHAN' dan di dalam mimpi saya itu saya terlah bersumpah atas nama TUHAN.
Ini membuatkan saya sungguh berdosa.
Saya terbangun lalu pergi berjumpa dengan teman saya.
Mereka berfikiran terbuka dan menyatakan ini adalah Nur ataupun Cahaya pemberian TUHAN.
Adalah sesuatu yang sungguh mengejutkan diri saya.
Dan membuat saya berasa takut.
Benda ini tidak kita lihat tetapi ianya terjadi.
Berpegang teguh la terhadap Rukun Negara yang pertama duhai kawanku.
'KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN'

0 komen: