The Earth Is Not A Cold Dead Place

Mereka masih wujud di landasan norma kehidupan kita.
Mereka masih hidup bagaikan hidupan liar.
Melayan nafsu serakah manusia di sekeliling kita.
Tanpa segan tanpa silu.
Mereka adalah pelacur tua.
Kenapa kehidupan mereka sebegini rupa?
Bukan salah ibu mengandung.
Salahkah anaknya mengandung?
Tidak pernah berubahkah pemikiranmu wahai manusia sejagat?
Semalam.
Aku sanggup membantu.
Akan tetapi mereka tidak memerlukan bantuan dari aku lagi.
Kondominium adalah pusat pembuangan sisa-sisa kondom mereka.
Semakin hari semakin sukar untuk aku bayangkan.
Dunia ini semakin mengecil dan dipenuhi limpahan dosa dan air mani manusia.
Dapatku lihat di kancah television dan laman-laman blog mereka.
Rupa kita adalah aksi kita.
Berhati-hati melintas jalan yang sepi.
Kerana sepi itu ada maknanya.

2 komen:

Hearsley said...

sepi itu sangat bermakna
untuk kita bersedia
menempuh jurang jeragah di depan kita

Felix Agustus said...

Dalam diam perubahan putaran bumi tiada maknanya.