Every Morning We Say Goodbye

Suatu ketika dahulu.
Ketika diriku berdiri di antara langit dan bumi.
Manusia di sekeliling mengutuk diriku.
Mencaci dan memaki hamun diriku.
Aku memang sengaja.
Melakukannya.
Untuk membalas dendam.
Manusia.
Dilahirkan untuk melakukan kesilapan.
Siapakah yang tidak pernah melakukan kesilapan?
Aku tidak pernah menyesal.
Namun aku meminta maaf.
Kepada keluargaku dan keluargamu.
Pada hari ini.
Aku mencari ruang.
Untuk aku bergerak bebas.
Tanpa dikasari oleh embun pagi.
Dirimu dan diriku kini kian dewasa.
Tiada niatku untuk memberi beban terhadap dirimu.
Kerana aku memerlukannya.
Setiap manusia juga memerlukannya.
Kenapa aku?
Tidak pernah berjaya.
Mempunyai cita-cita.
Aku pemalas dan pengotor.
Bagaimana dengan dirimu?
Apa kurangnya?
Dirimu memang bijak.
Belajar sehingga langit yang ke 7.
Aku?
Tamat belajar dan mencari kerja.
Pernah juga kerja mencari aku.
Aku tolak.
Dan terjatuh.
Kerana itu bukan yang aku cari.
Aku pandai bercakap.
Hanya merapu macam ikan kerapu.
Sehingga hari ini aku belum menjumpai apa yang aku inginkan.
Sehingga usia separuh nyawa barulah akan aku fikirkan.
Noktah.

0 komen: